[Close]


.: WELCOME :.

you just entered
my dreamy PINK blog~!
feel free to navigate around :)
drop comments to my posts
and don't forget to leave a tag ^^
thanks
PIXELED Pink ♥ | BOOM ! :)
DIARY
PROFILE
GALLERY
STUFFS
LINKS
SITE
© All rights reserved 2009 | Layout by Lhezs Tan
Welcome

1 - DIARY
2 - PROFILE
3 - GALLERY
4 - STUFFS
5 - LINKS
6 - SITE

hehey ᵔᴥᵔ WELCOME to my blog. enjoy your reading ᵔᴥᵔ
simple things about me

Helo my new friends . Want to know me ?
♛ ex-pmr ♛ 15 , still young oke ! ♛ single without boyfie ♛ love sports but only watching . playing ? umm, ♛ love flowers ♛ my fb name : mya fatiha ♛ lastly , thanks for spending time to reading ! double EN to the JOY = ENJOY !

Sweet Thoughts

Archives

Recent Posts

Part 3
Part 2
Beginning :) - part one
saye *kipas susah mati JOZAN !
New Blog
PURPLE TIME !
Last Day Sk0ol
Result PMR-dissapointed
Baby Aku
Cerita Tentang Dia


The Past

December 2012
February 2013


Melody

Monday, 24 December 2012 @ 06:51
`Part 4-tmat bab 1





WAWA membuang kotak milonya yang sudah kosong ke dalam bakul sampah yang berdekatan lalu dia kembali ke sebuah bangku yang berada di bawah sepohon pokok yang redup. Kelihatan Damia dan Dayana sedang berbual dan kadang kala menghirup air kotak masing-masing untuk menghilangkan dahaga.
            “Mana pulak la Fifi ni. Pergi jamban pun berjam-jam,” kata Wawa apabila dia mendekati kawan-kawannya.
            “Ye la. Aku rasa dah dekat 2 jam dia duk kat jamban tu. Dia repair toilet kut,” Damia berlawak lalu ketawa diikuti dengan gelak rakan-rakannya.
            “Mana ada sampai 2 jam. Aku rasa 30 minit je la,” Dayana masih kedengaran sisa ketawanya.

 “FUH... Gile sesak toilet tadi. Nak melepas pun tak senang. Nasib baik la toilet kat sekolah ni bersih-bersih kalau tak terpaksalah aku menanggung beban ni sampai kat rumah.” Bebel Fifi yang baru keluar dari tandas perempuan yang berada di Blok B, tingkat 3. Fifi berasa hairan apabila terlihat ramai pelajar yang berkumpul di papan kenyataan. Pelajar-pelajar tersebut berebut dan bertolakan untuk melihat notis yang baru ditampal di papan kenyataan itu.
            “Excuse me. Boleh bagi laluan tak,” pinta Fifi yang tidak ingin ketinggalan untuk melihat notis tersebut. Dia membaca notis tersebut lalu tersenyum. Dia mendapat satu idea. Dia kemudiannya berlari menuju kepada sahabat-sahabatnya.
            “Ha, senyum-senyum ni ada apa-apa la tu.” Damia berkata lalu menghirup air soya kepunyaannya.
            “Korang tau tak pasal notis yang baru ditampal tu?” Tanya Fifi.
            “Ada ke? Tak tau pulak kita orang.” Damia mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Dayana.
            “Apa yang tertulis kat notis tu?” tanya Wawa yang tak sabar untuk mengetahuinya.
            “Kat situ tertulis yang sekolah kita ni, Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Putri akan mengadakan satu pertandingan kuiz IQ. Pemenangnya akan dapat pergi ke Zoo Negara bersama-sama seorang sahabatnya.” Terang Fifi dengan senyum yang penuh makna.
            “So?” Dayana bertanya kerana masih belum dapat mengenal pasti apakah makna di sebalik senyuman tersebut.
            “So, mestilah dia nak Damia masuk contest tu. Kan sahabat kita yang bernama Damia Nur Amni Haifa ni mempunyai IQ ala-ala Hans Isaac Newton.” Wawa mencelah sebelum sempat Fifi membuka mulut.
            “Macam mana kau tau?” sekali lagi Dayana bertanya.
            “Yana, kita orang ni twin okey? Twin ni, dia ada satu power yang bernama telepathic. Dari situlah aku dapat tau. Ho ho ho! “
            “Banyaklah korang punye telepathic! Ceh, cakap tak serupa bikin la.. So, amacam Mia? Kau nak join tak?” Buat kali ketiga Dayana bertanya. Banyak tanya betullah budak ni!
            “Em... entah la. Pertandingan tu bile Fifi? Syarat?”
            “Khamis ni kat Dewan Dinamik. Kalau tak silap aku, pertandingan ni diadili mengikut tingkatan. Sesiapa saja yang menjadi juara, beliau boleh membawa salah seorang dari rakannya untuk bersama-sama pergi ke Zoo Negara.”
            “Kita tengoklah dulu macam mana. Tapi, aku tak boleh janji lagi yang aku akan masuk ‘game’ ni.”
            “It’s okay la Mia. Kita orang tak paksa kau pun. Terserah pada kau sama ada nak masuk atau tak. Itu kan hak kau. Lagipun kita orang akan sentiasa support kau walau apa pun keputusan kau nanti.” Wawa mengukir senyuman.
            “Thanks guys! How sweet.. Eh, kita kena cepat masuk kelas ni! Kan tak pasal-pasal kena dengar ceramah imam muda tu.”
            Sememangnya Fakhrul adalah seorang yang suka berceramah atas hal yang remeh-temeh. Oleh sebab itu jugalah, dia terpilih untuk menjadi ketua kelas. Para pelajar akan mengikuti apa sahaja yang dikatakannya akibat tidak sanggup dan tidak mahu mendengar leterannya. Pernah sekali sewaktu Asfa bertandang ke rumah Fakhrul. Belum pun sempat Asfa memberi salam, kedengaran bunyi leteran yang bising dari dalam rumah Fakhrul.
            Rupa-rupanya Fakhrul dimarahi oleh ibunya akibat terlupa untuk menutup paip air selepas digunakan. Disebabkan kejadian itu semua pelajar kelasnya mengetawakannya apabila Asfa menghebohkan berita itu ke seluruh kelas 4 Impian. Bukan itu sahaja, sampai ke kelas 4 Harapan turut tergelak mendengar berita itu. Seminggu Fakhrul berhenti berceramah dek kerana malu ditertawakan.
            “Ehemm! Pukul berapa sekarang ye? Aku lupa bawak jam la,” tanya Fakhrul berpura-pura.
            “Pukul 10:47,” jawab Damia ringkas.
            “Ha! Apsal korang masuk lewat?”
            “Relakslah Yul. Lewat dua minit je,” balas Wawa. Fifi yang tidak berkata apa-apa dari tadi hanya mengangguk mengiakan kata-kata kakaknya itu.
            “Korang tau tak lewat dua minit tu kira macam...arghhh, cikgu!” Belum sempat menghabiskan syarahannya, Fakhrul menjerit apabila tiba-tiba sahaja dia ternampak kelibat Cikgu Rosdi, guru Bahasa Malaysianya.
            “Apa la Ayul ni, nampak cikgu macam nampak hantu pulak.” Kata Damia disambung dengan gelak ketawa rakan-rakannya.
            “Amboi, gelak sakan nampak.” Tegur Cikgu Rosdi.
            “Arghhh, cikgu!” Damia menjerit lalu berlari menuju ke mejanya dan mengeluarkan buku teks Bahasa Malaysia.
            “Cakap orang, dia pun sama. Hahaha.” Gelak Dayana.
            “Cakap banyak betullah budak ni. Pergi masuk cepat!” Arah Cikgu Rosdi terhadap Dayana dan pasangan kembar itu.
            “Eh, lupa pulak. Kita orang masuk dulu ye cikgu. Hehehehe,” kata Wawa lalu mereka bertiga berlari-lari anak menuju ke meja masing-masing lalu mengeluarkan buku teks Bahasa Malaysia. Cikgu Rosdi masuk ke kelas dengan senyuman. Pernah dahulu orang menggelarkan dirinya senyuman ala-ala Dato’ Nicol David.
            “Mana boleh. Dato’ Nicol David tu perempuan, saya ni lelaki lagipun dia kan pandai main squash, saya ni usahkan main squash, pegang raket pun saya tak tau.” Ujar Cikgu Rosdi apabila setiap kali orang mengatakan tentang senyumannya. Sememangnya Cikgu Rosdi disukai ramai pelajar atas sikapnya yang suka membuat lawak dan baik terhadap semua pelajar.
            “Amacam cuti sekolah seminggu? Ada pergi honeymoon kat mana-mana tak?” Tanya Cikgu Rosdi.
            “Honeymoon takde la cikgu tapi holiday ada,” jawab Asfa.
            “Kat mana tu?” balas Cikgu Rosdi.
            “Kat Pulau Kapas.”
            “Heh, tak hebat la. Cikgu lagi hebat. Mase cuti cikgu pergi Bali, Guangzhou dan yang terbaru cikgu ingat nak pergi London la pulak,” gurau Cikgu Rosdi.
            “Haji bila pulak nak pergi, cikgu?” Tanya Damia sekadar bergurau. Cikgu Rosdi tersipu-sipu malu lalu berpura-pura ketawa disambung pelajar-pelajarnya.
            “Err.. Dah la tu. Kita sambung belajar pulak. Cakap je yang melebih korang nie,”kata Cikgu Rosdi bagi menukar topik perbincangan mereka.