[Close]


.: WELCOME :.

you just entered
my dreamy PINK blog~!
feel free to navigate around :)
drop comments to my posts
and don't forget to leave a tag ^^
thanks
PIXELED Pink ♥ | BOOM ! :)
DIARY
PROFILE
GALLERY
STUFFS
LINKS
SITE
© All rights reserved 2009 | Layout by Lhezs Tan
Welcome

1 - DIARY
2 - PROFILE
3 - GALLERY
4 - STUFFS
5 - LINKS
6 - SITE

hehey ᵔᴥᵔ WELCOME to my blog. enjoy your reading ᵔᴥᵔ
simple things about me

Helo my new friends . Want to know me ?
♛ ex-pmr ♛ 15 , still young oke ! ♛ single without boyfie ♛ love sports but only watching . playing ? umm, ♛ love flowers ♛ my fb name : mya fatiha ♛ lastly , thanks for spending time to reading ! double EN to the JOY = ENJOY !

Sweet Thoughts

Archives

Recent Posts

saye *kipas susah mati JOZAN !
New Blog
PURPLE TIME !
Last Day Sk0ol
Result PMR-dissapointed
Baby Aku
Cerita Tentang Dia
Alone
new girl


The Past

December 2012
February 2013


Melody

Monday, 24 December 2012 @ 06:29
`Beginning :) - part one




holaa ... nim beginning novel ak . still byk klemahan . lgpom ak suke-suki je wat novel nim . juz nk isi mse tluang . hope u guys like it yup ?!


                            1
         Welcome back to school
“Krinngg!!” Bunyi jam loceng berbentuk anak beruang itu pagi-pagi lagi sudah menganggu Damia yang sedari tadi asyik dibuai mimpi. “Mia, bangun sayang. Mama nak pergi kerja ni, nanti Mia makan sarapan kat meja makan ni okey? Mama pergi dulu. Take care kat sekolah. Bye.” Jerit Puan Emilya dari tingkat bawah.
             “Okey mama.” Jawab Damia acuh tak acuh. Damia yang kemalasan bangun dari katilnya lalu menekan butang pada jam locengnya untuk mematikan bunyi pada jam tersebut.
             “Nasib baiklah kau ni hadiah hari jadi dari bapak aku, kalau tak, dah lama aku campak kau. Asal berbunyi je, bunyi kring. Cubalah sekali sekala kau tukar bunyi kau tu sikit, bunyi lagu Bruno Mars ke, baru la aku ade feeling nak bangun.” Awal-awal pagi lagi sudah dimakinya jam loceng itu.
            “Ah! Ni yang aku malas nak mandi ni. Tapi untuk memastikan aku sentiasa bersih, suci dan kiut-miut, terpaksalah aku mandi. Gediklah pulak aku ni, perasan sorang-sorang pagi-pagi buta buat apa,” bisik Damia bersendirian di dalam bilik air. Damia memulas kepala paip di hadapannya dan menekan butang pada alat pemanas air. “Hey, soul sister. Ain’t that mister-mister on the radio stereo,the way you mov’ain’t far you know. Wau! Gile best suara aku, tapi kalau masuk Akademi Fantasia mesti minggu pertama dah tersingkir. Minggu pertama? Entah-entah ujibakat pun fail. Hahahahaha....” Ketawa Damia. Secara tidak langsung dia terus teringat kata-kata ibunya.
            “Ha! Nyanyilah lagi kat dapur... Kang dapat laki tua baru tau.” Sering kali ibunya menyakat anak kesayangannya itu ketika dia asyik menyanyi di dapur tetapi Damia hanya membuat muka blur je sebab dia tau apa yang diperkatakan ibunya itu hanyalah rekaan orang dulu-dulu.
            Cuti sekolah selama seminggu itu bagaikan menyeksa Damia. Kalendar yang terletak cantik di atas meja di tepi katilnya telah dipangkah setiap hitungan tarikhnya. Damia sudah tidak sabar-sabar ingin ke sekolah. Seterika di tangannya terus meluncur laju menghilangkan kedutan-kedutan di pakaian seragam Damia. Mungkin kerana terlalu kepenatan mengulangkaji semalaman menyebabkan dia tidak sempat bersiap semalam.
            “Ermm... semua dah siap. Apa lagi ya? Alamak! Aku lupa nak kemas buku la. Mana pulak la jadual ni...” kata Damia sambil tangannya terus membelek buku-buku yang bertaburan di hadapannya. “Ha! Jumpa pun. Kat mana kau nak menyorok ha? Tidak akan ku biarkanmu hilang begitu saja. Akan ku cari sehingga ke lubang tandas sekalipun. Hahahaha....” ketawa Damia. Damia menyusun buku-buku mengikut jadual di hadapannya lalu diletakkan ke dalam beg sekolah berwarna putih hitam yang sememangnya merupakan salah satu warna kegemarannya.
           Damia keluar ke luar rumah dan menyarungkan stokin dan kasut ke kakinya. Dia kemudian berjalan kaki ke sekolahnya yang berada hanya selang dua buah rumah dari rumahnya. Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Putri, itulah yang tertulis di sebuah  papan tanda di pagar sekolah Damia. “Now, I’m ready.”