[Close]


.: WELCOME :.

you just entered
my dreamy PINK blog~!
feel free to navigate around :)
drop comments to my posts
and don't forget to leave a tag ^^
thanks
PIXELED Pink ♥ | BOOM ! :)
DIARY
PROFILE
GALLERY
STUFFS
LINKS
SITE
© All rights reserved 2009 | Layout by Lhezs Tan
Welcome

1 - DIARY
2 - PROFILE
3 - GALLERY
4 - STUFFS
5 - LINKS
6 - SITE

hehey ᵔᴥᵔ WELCOME to my blog. enjoy your reading ᵔᴥᵔ
simple things about me

Helo my new friends . Want to know me ?
♛ ex-pmr ♛ 15 , still young oke ! ♛ single without boyfie ♛ love sports but only watching . playing ? umm, ♛ love flowers ♛ my fb name : mya fatiha ♛ lastly , thanks for spending time to reading ! double EN to the JOY = ENJOY !

Sweet Thoughts

Archives

Recent Posts

Beginning :) - part one
saye *kipas susah mati JOZAN !
New Blog
PURPLE TIME !
Last Day Sk0ol
Result PMR-dissapointed
Baby Aku
Cerita Tentang Dia
Alone
new girl


The Past

December 2012
February 2013


Melody

Monday, 24 December 2012 @ 06:48
`Part 2




sambungan part one ....


 “HELLO,guys!” Damia tersenyum menampakkan giginya yang putih bersih lagi tersusun rapi sebaik saja tiba di kelasnya, 4 Impian.
            “Hello guys konon. Wei Mia, kau tak pandai bagi salam ke? Kita sebagai umat Islam haruslah sentiasa memberi salam tidak kira kepada siapa atau di mana kita berada. Selain itu, kita juga perlulah....” tegur ketua kelas Damia.
            “Alah dah la tu. Bising la kau ni Ayul. Pagi-pagi lagi dah beri ceramah agama. Kau nak masuk Imam Muda ke apa? Nak aku dapatkan borang untuk kau tak? Busybody betullah dia ni..” Sampuk Dayana. Fakhrul tersengih-sengih lalu meninggalkan Damia. Damia menyusun langkah menuju ke sahabat karibnya.
             “Ewah-ewah. Kawan baik kita dah sampai. Senyum je memanjang, ada apa-apa ke?” Soal Wawa.
            “Ha? Iye ke. Takde apa-apa la.” Jawab Damia.
            “Mia, kau pergi mane cuti sekolah baru-baru ni?” Tanya Fifi, kembar kepada Wawa. Wawa dilahirkan sepuluh minit lebih awal daripada adiknya. Mereka memang kembar seiras, cuma yang membezakan mereka berdua ialah gaya rambut. Wawa lebih suka mengikat rambut seperti ekor kuda manakala Fifi lebih senang dengan gaya rambut bertocang dua.
            “Guess what? Aku pergi Langkawi!”
            “Wah, best gila. Kau ada beli apa-apa tak kat kitaorang, hehehe...” Dayana bertanya sambil mendekatkan dirinya dengan Damia.
            “Adalah. Korang kan bestfriend aku. Mana boleh aku lupakan korang. Aku beli minyak gamat untuk korang.”
“Ha? Agak-agaklah Mia. Takkan minyak gamat kot.” Balas Wawa.
“Takpelah. Lagipun kau memang selalu lenguh badan kan? Aku jugak yang kene picitkan.” Wawa memuncungkan mulutnya selepas mendengar kata-kata adik kembarnya itu.
“Hahaha... takkan lah aku nak beli minyak gamat untuk korang. Ni ha, aku beli patung helang la. Nah, ambik satu sorang. Jangan hilangkan. Kalau tak... aku tuntut ganti rugi. Haha..” gelak Damia sambil menghulurkan patung berbentuk helang itu kepada kawan-kawannya.
            “Hahaha.. banyak la kau. Anyway, thanks Mia. Kau memang bestfriend kitaorang,” kata Wawa sambil tangannya masih membelek-belek rantai tersebut.
            “Welcome.”
            “Cikgu Samsiah datang! Cikgu Samsiah datang! Duduk tempat masing-masing cepat!” Fakhrul terjerit-jerit dari muka pintu kelas. Semua pelajar lari untuk duduk di tempat masing-masing. Cikgu Samsiah sememangnya digeruni oleh seluruh pelajar SMK Putra Putri. Mana taknya, sebab Cikgu Samsiah tu guru displin sekolah tersebut. Sebulan yang lepas, guru kelas 4 Impian telah ditukarkan ke sekolah yang lain. Oleh kerana tiada guru ganti, pengetua mengumumkan cikgu samsiah sebagai guru kelas 4 Impian yang baru. Pengumuman pengetua itu membuatkan seluruh sekolah bergegar dengan jeritan pelajar-pelajar kelas 4 Impian sehingga ada yang pengsan kerana terlalu terkejut. Dan orang itu ialah Fakhrul sendiri.
            “Bangun. Selamat pagi cikgu.”
            “Baik, selamat pagi semua. First thing sekali saya nak tanya tentang kerja sekolah matematik yang saya bagi minggu lepas. Macam mana? Semua dah siap ke?” Tanya Cikgu Samsiah kepada semua pelajar 4 Impian yang berada di hadapannya.
            “Alamak! Aku lupa nak buat la. Macam mana ni Mia?” Kedengaran gementar pada nada suara Dayana.
            “Astaga, apsal kau tak siapkan? Habis tu masa cuti kau buat apa? Layan PSP la tu.”
            “Mana la aku tau yang Cikgu Samsiah ada bagi kerja. Tak teringat langsung la.”
            Cikgu Samsiah mengira buku latihan yang berada di hadapannya. Mukanya yang kelihatan tenang pada mulanya tiba-tiba berubah sebaik saja dia habis mengira buku-buku tersebut. Kemudian, dia mengira pula bilangan pelajar dalam kelas 4 Impian.
            Cikgu Samsiah menghentakkan tangannya ke atas meja lalu mengambil rotan yang telah beberapa kali hinggap di tangan para pelajar sehingga digelar ‘Rotan Maut’. Hanya tuhan saja yang tahu betapa berdebarnya hati Dayana pada waktu itu.
            “Alamak! Matilah aku kali ni,” detik hati Dayana.
            “Saya dapati ada seorang dari pelajar kita yang tak hantar buku latihan miliknya. Saya bagi peluang kepada beliau untuk mengaku sebelum saya membuat tindakan.” Cikgu Samsiah masih bersabar dan belum menunjukkan belangnya yang sebenar. Dayana terasa berbelah bagi sama ada ingin mengaku atau sebaliknya.
            “Baik. Saya dah bagi peluang untuk dia, tapi dia tak nak mengaku. Kalau macam tu, saya akan panggil nama seorang demi seorang yang menghantar buku dan nama siapa yang tidak dipanggil, memang dialah orang tersebut.” Kesabaran Cikgu Samsiah bagaikan berada di puncak sekaligus menyebabkan jantung Dayana hampir gugur. Satu demi satu nama dipanggil hinggalah nama Nazmi, nama yang terakhir.
            “Aha! Nampaknya kita dah tau siapa yang tak hantar buku latihannya kepada saya. Dayana Sya binti Rozaimi! Bagi saya lima sebab kenapa awak tak hantar buku latihan dan tak mahu mengaku tadi!” Cikgu Samsiah separuh menjerit ketika mengeluarkan arahan. Dayana berdiam diri sehingga membuatkan Cikgu Samsiah tidak boleh bersabar lagi. Sudah banyak kali dia bersabar tapi dia juga seperti manusia biasa, kesabarannya terbatas.
            “Dayana! Saya tanya awak ni. Awak dah bisu ke apa sampai tak boleh jawab soalan saya!” Tengking Cikgu Samsiah. Lutut Dayana menggeletar. Peluh mula bermanik di dahinya. Setelah menarik nafas dan sedikit bertenang, akhirnya Dayana memberanikan diri untuk bersuara.
            “Per..pertama. Saya ta..kut nak me..me..mengaku. Kedua, sa...saya terlupa. Ke..ketiga,...” jawab Dayana dengan suara yang gementar.
            “Ketiga apa?” Tanya Cikgu Samsiah dengan suara yang sengaja ditinggikan untuk menakutkan Dayana. Tetapi Dayana hanya menggelengkan kepala menandakan dia tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu. Cikgu Samsiah mengeluh. Dia berasa kesal dan kecewa dengan sikap pelajarnya. Malahan dia juga merasakan yang pelajar-pelajar di kelas 4 Impian tidak patut mempunyai sikap sedemikian kerana mereka merupakan pelajar-pelajar yang terpilih untuk berada di kelas hadapan.
            “Saya bagi tempoh sehingga pagi esok untuk awak siapkan dan hantar kerja awak tu. Kalau masa rehat, saya masih tak dapat buku awak, saya akan catatkan nama awak di dalam rekod disiplin. Faham!” Kata Cikgu Samsiah menyebabkan jantung Dayana hampir gugur.