[Close]


.: WELCOME :.

you just entered
my dreamy PINK blog~!
feel free to navigate around :)
drop comments to my posts
and don't forget to leave a tag ^^
thanks
PIXELED Pink ♥ | BOOM ! :)
DIARY
PROFILE
GALLERY
STUFFS
LINKS
SITE
© All rights reserved 2009 | Layout by Lhezs Tan
Welcome

1 - DIARY
2 - PROFILE
3 - GALLERY
4 - STUFFS
5 - LINKS
6 - SITE

hehey ᵔᴥᵔ WELCOME to my blog. enjoy your reading ᵔᴥᵔ
simple things about me

Helo my new friends . Want to know me ?
♛ ex-pmr ♛ 15 , still young oke ! ♛ single without boyfie ♛ love sports but only watching . playing ? umm, ♛ love flowers ♛ my fb name : mya fatiha ♛ lastly , thanks for spending time to reading ! double EN to the JOY = ENJOY !

Sweet Thoughts

Archives

Recent Posts

Part 2
Beginning :) - part one
saye *kipas susah mati JOZAN !
New Blog
PURPLE TIME !
Last Day Sk0ol
Result PMR-dissapointed
Baby Aku
Cerita Tentang Dia
Alone


The Past

December 2012
February 2013


Melody

Monday, 24 December 2012 @ 06:50
`Part 3





OKAY, itu saje untuk hari ni. Terima kasih semua.” Kata Cikgu Samsiah sebelum dia pergi meninggalkan kelas. Kelihatan riak wajah yang gembira pada muka Dayana apabila gurunya itu melangkah keluar dari kelas.
             “Habislah kau kali ni. Terpaksa siapkan kerja yang berlambak-lambak tu dalam masa satu hari je tau.” kata Damia kepada kawannya yang duduk di sebelahnya itu.
            “Ha, sebab tu la aku nak mintak tolong dengan kau. Kau kan bijak... Tolonglah bantu kawan kau yang lemah ni,” rayu Dayana dengan suara yang ala-ala manja tu.
            “Macam-macamlah kau ni. Okeylah, petang ni pukul 4.00 kau datang rumah aku. Aku tunggu tau. Jangan datang dengan tangan kosong je, bawak la sekali homework tu. Karang terlupa pulak.” Damia tidak sampai hati nak melihat kawannya itu membuat kerja bersendirian. Dayana tersengih-sengih lalu menunjukkan ibu jarinya yang ditegakkan.
            “Kalau aku dengan Fifi nak datang boleh tak?” Tanya Wawa.
            “La, kenapa pulak tak boleh. Datanglah. Tak salah pun. Kalau nak bawak kerja sekolah pun takpe. Aku boleh ajarkan untuk korang,” jawab Damia sambil tersenyum kepada sahabat-sahabat baiknya.
            “Kalau aku nak pergi boleh tak?” Soal Asfa, budak lelaki yang direkodkan sebagai budak yang paling nakal dan diminati ramai kerana rupa parasnya yang agak mengancam. Tetapi dia juga merupakan seorang pelajar yang dilabel sebagai pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi dan berpotensi semua A. Dan dia jugalah merupakan saingan utama Damia dalam setiap peperiksaan sekaligus merangkap musuh ketatnya.
“Ooo..mestilah bo...” belum pun sempat Damia menghabiskan kata-katanya, Fakhrul mencelah.
            “Astaghfirullahalazim. Budak perempuan sepatutnya menjaga batas pergaulannya dengan budak lelaki ya. Hal ini kerana..”
            “Bising la kau ni Yul. Ye lah. Ye lah. Wei Mia, aku tak jadi pergi la rumah kau. Ayul ni punya pasal la. Tak larat aku nak dengar dia membebel kat telinga aku 24 jam. Hadoiii, macam mana la aku setuju untuk lantik kau jadi class monitor dulu. Ayul, Ayul...” Kata Asfa sambil tangannya menyinggung siku Fakhrul.
            “It’s okay la.” Kata Damia lalu melemparkan senyuman kepada Asfa. Asfa sedikit terkesima dengan senyuman Damia.
            “Lambat betul la Teacher Sophi ni,” Fakhrul mengeluh sambil matanya melilau ke luar kelas untuk mencari kelibat guru kelasnya itu. Tidak lama kemudian, Teacher Sophi muncul di daun pintu kelas 5 Impian itu.
            “Assalamualaikum semua. Sorry i’m late. Teacher ada kerja sikit tadi,” kata Teacher Sophi yang kelihatan sedikit kelam kabut.
            “Okay,kita teruskan dengan pembelajaran kita. Buka buku teks muka surat 25. Akir, tolong bacakan ye.” Pinta guru bahasa inggeris itu yang nampak sedikit penat dan mengantuk. Mungkin dia perlu menyiapkan beberapa kerja sehingga tidak tidur malam tadi, teka Damia.